| JENIS PELANGGAN | PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN |
|---|---|
| Pelanggan Bank Rakyat/Pemegang Kad ATM Bank Rakyat
|
*Transaksi boleh dilakukan secara pendebitan akaun pelanggan atau secara tunai |
| Bukan Pelanggan Bank Rakyat/Bukan Pemegang Kad ATM Bank Rakyat |
*Transaksi hanya boleh dilaksanakan secara tunai *Deposit dan Pembayaran Pembiayaan ke akaun pelanggan Bank Rakyat sahaja. |
| JENIS TRANSAKSI | MINIMUM | MAKSIMUM |
|---|---|---|
| Deposit | RM10.00 | RM2,000.00 |
| Pengeluaran Tunai | RM10.00 | RM1,000.00 |
| Pindahan Wang | RM10.00 | RM2,000.00 |
| Pembayaran Bil Utiliti | RM5 | RM500.00 |
| Pembayaran Pembiayaan | RM10 | RM2,000.00 |
*Tertakluk kepada waktu operasi perniagaan ejen dan Cuti Umum.
| PASTIKAN ANDA | PASTIKAN ANDA TIDAK |
|---|---|
| 1. Berurusan hanya di premis sah Rakyat CARE Bank Rakyat yang mempunyai: Papan Tanda Rasmi Ejen Bank Berdaftar (EBB) Rakyat CARE Bank Rakyat Sijil Pengesahan Rakyat CARE Bank Rakyat | Berurusan di premis ejen yang TIDAK mempunyai:
|
| 2. Melaksanakan transaksi hanya di dalam premis Rakyat CARE Bank Rakyat sahaja. | Melaksanakan transaksi di luar premis Rakyat CARE. |
| 3. Membawa tunai yang mencukupi atau kad ATM Bank Rakyat untuk melaksanakan transaksi agent banking. Nota: Kebolehlaksanaan transaksi bergantung kepada: Baki akaun ejen Baki akaun pelanggan Baki tunai di tangan ejen | Melaksanakan transaksi sekiranya sistem tidak berfungsi. |
| 4. Membawa MyKAD dan kad ATM Bank Rakyat untuk melakukan transaksi pengeluaran tunai. | Menyerahkan kad ATM atau MyKAD atau mendedahkan kata laluan ATM (PIN - Personal Identification Number ) kepada ejen/pihak ketiga. |
| 5. Memastikan MyKAD berfungsi dan tidak rosak. | Mendedahkan maklumat peribadi/baki akaun anda kepada ejen/pihak ketiga. |
| 6. Membawa bil asal utiliti untuk transaksi pembayaran bil. Nota: Bil tertunggak perlu dibayar terus kepada syarikat utiliti yang berkenaan untuk mengelakkan sebarang gangguan perkhidmatan. | Membayar bil dengan jumlah yang minima. |
| 7. Menyemak transaksi dan amaun yang diingini sebelum menekan butang hijau pada mesin P.O.S terminal. Nota: Transaksi dilakukan secara masa nyata dari lokasi Rakyat CARE Bank Rakyat ke Ibu Pejabat Bank Rakyat. | Menerima resit yang diisu secara manual oleh Rakyat CARE. |
| 8. Tandatangani resit transaksi Rakyat CARE Bank Rakyat salinan ejen. | Membenarkan Rakyat CARE menyimpan resit salinan pelanggan. |
| 9. Dapatkan salinan resit pelanggan sebagai bukti transaksi dan semak ketepatan maklumat transaksi yang dicetak sebelum meninggalkan premis Rakyat CARE Bank Rakyat. | Menangguh aduan salah laku Rakyat CARE kepada pihak Bank Rakyat. |
| 10. Simpan resit sebagai rujukan walaupun transaksi gagal. | |
| 11. Mengunjungi mana-mana cawangan Bank Rakyat terdekat/menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat sekiranya terdapat sebarang aduan mengenai ejen/transaksi anda. |
Muat Turun Borang Pemohonan Rakan CARE (PDF)
Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-