Tawarruq
| PERINGKAT | KRITERIA | KADAR KEUNTUNGAN SETAHUN |
| Tier 1 Bayaran minima diterima sebelum atau pada Tarikh Akhir Bayaran untuk 9 bulan berturut-turut. | Bukan Ahli Anggota Saham Bank Rakyat | 13.5 % |
| Ahli Anggota Saham Bank Rakyat | 13.0 % | |
| Tier 2 Bayaran minima diterima sebelum atau pada Tarikh Akhir Bayaran untuk 6 bulan atau lebih dalam tempoh 9 bulan. | Bukan Ahli Anggota Saham Bank Rakyat | 17 % |
| Ahli Anggota Saham Bank Rakyat | 15.5 % | |
| Tier 3 Tidak memenuhi syarat-syarat Tier 1 dan Tier 2 di atas. | Bukan Ahli Anggota Saham Bank Rakyat | 18 % |
| Ahli Anggota Saham Bank Rakyat | 17 % |
| PERKARA | TAHUN 1 | TAHUN 2 | TAHUN 3 |
| Rebat Keuntungan (Tabung Rakyat Rewards). Jadual rebat adalah seperti di bawah: | 0.5 % | 0.5 % | 0.5 % |
| Rekod pembayaran yang baik | 1.0 % | 1.0 % | 1.5 % |
| Lain-lain kemudahan pembiayaan di Bank Rakyat | 0.5 % | 1.0 % | 1.0 % |
| JUMLAH REBET (TABUNG RAKYAT REWARDS) | 2.0 % | 2.5 % | 3.0 % |
Dokumen Yang Diperlukan :
1) Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang)/Pasport (untuk Pemohon Utama/Tambahan)
2) Dokumen :
Penjawat Awam:
Salinan slip gaji terkini
Pekerja Sektor Swasta:
a) Salinan slip gaji terkini DAN
b) Borang cukai pendapatan/penyata EPF (transaksi 6 bulan yang terkini)
Gaji Bulanan dengan Komisen:
a) Salinan slip gaji terkini DAN
b) Borang cukai pendapatan/penyata EPF (transaksi 6 bulan yang terkini) ATAU
c) Salinan penyata komisen yang terkini (rekod 6 bulan)
Tiada Gaji, hanya berdasarkan Komisen:
Salinan penyata komisen yang terkini (rekod 12 bulan)
Bekerja Sendiri:
a) Salinan pendaftaran perniagaan DAN
b) Salinan penyata bank 6 bulan yang terkini DAN
c) Salinan borang B yang terkini DAN
d) Salinan resit pembayaran cukai
Ekspatriat:
a) Salinan akaun Simpanan-i Bank Rakyat DAN
b) Salinan surat pengesahan kontrak daripada majikan
Pesara:
a) Salinan penyata pencen (transaksi 12 bulan yang terkini) DAN
b) Salinan penyata bank 3 bulan (memaparkan kredit jumlah pencen ke dalam akaun)
Klik sini untuk borang permohonan @ permohonan secara online : Permohonan Kad Kredit Secara Online
1) Bagaimana saya ingin mengetahui status permohonan saya?
Status permohonan akan dimaklumkan melalui SMS.
2) Berapa lamakah proses permohonan?
Proses permohonan memakan masa 7 – 14 hari bekerja dari tarikh borang permohonan yang lengkap diterima.
3) Berapakah jumlah kad tambahan yang boleh dipohon?
Pemegang kad utama boleh mempunyai sehingga 5 orang pemegang kad tambahan.
4) Berapakah had pembiayaan yang diberikan kepada pemegang kad Platinum?
Had pembiayaan bagi kad Platinum bermula dari RM20,000 ke atas.
5) Bagaimana saya ingin memohon kad tambahan?
Pemegang kad utama hanya perlu mengisi maklumat di bahagian Permohonan Kad Tambahan di dalam borang permohonan Kad Kredit-i Bank Rakyat. Dokumen yang diperlukan adalah salinan kad pengenalan kad tambahan DAN salinan kad pengenalan pemegang kad utama.
6) Saya merupakan pemegang kad tambahan, tetapi ingin memohon sebagai pemegang kad utama. Bolehkah saya berbuat demikian?
Boleh. Prosedur permohonan adalah sama seperti permohonan baru.
7) Saya telah mempunyai Kad Kredit-i Emas Bank Rakyat, dan berminat untuk memohon Kad Platinum Bank Rakyat? Apa yang perlu saya lakukan?
Tuan/Puan perlu mengemukakan permohonan untuk naik taraf ke Kad Platinum dengan menulis surat dan emel ke kkredit@bankrakyat.com.my. Dokumen yang diperlukan adalah salinan penyata gaji terkini dan penyata KWSP (jika ada).
8) Apakah nombor talian yang perlu saya hubungi untuk sebarang pertanyaan?
Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.
*Tertakluk kepada terma dan syarat
MOHON SEKARANGWarna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-