Takaful Tempoh Berkurangan (DTT)

Perancangan Kewangan 

Takaful Tempoh Berkurangan (DTT)

Ciri

  • Ditawarkan secara eksklusif kepada pelanggan Pembiayaan Peribadi-i Bank Rakyat.
  • Direka untuk menampung baki Pembiayaan Peribadi-i sekiranya berlaku kematian atau keilatan menyeluruh dan kekal (KMK) disebabkan oleh sebarang sebab.
  • Mengelakkan ahli keluarga dari bebanan kewangan sekiranya berlaku musibah.
  • Caruman tertakluk kepada jumlah pembiayaan, tempoh, umur dan kadar keuntungan.

Manfaat

  • Melindungi baki Pembiayaan Peribadi-i sehingga RM200,000.
  • Bayaran sekaligus untuk baki Pembiayaan Peribadi-i ditanggung oleh pengendali takaful sekiranya berlaku kematian atau KMK pada orang yang dilindungi.
  • Jumlah keseluruhan yang dilindungi akan selaras dengan jadual pembayaran baki berkurangan Pembiayaan Peribadi-i.
  • Bayaran sumbangan boleh dibayar sekaligus sama ada oleh pelanggan atau dibiayai oleh Bank Rakyat.
  • Sekiranya akaun Pembiayaan Peribadi-i diselesaikan lebih awal, sijil boleh diserahkan untuk nilai tunai.
  • Pengagihan perkongsian lebihan (jika ada) kepada peserta pada akhir tempoh sijil.

Kelayakan

  • Pembiayaan Peribadi-i bersama Bank Rakyat.
  • Berumur antara 18 hingga 64.
  • Penerimaan secara automatik bagi jumlah perlindungan dari RM10,000 hingga RM200,000.
  • Tempoh perlindungan dari 1 tahun hingga 10 tahun.

Muat Turun


Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.

*Tertakluk kepada terma dan syarat

TOP